Thursday 26 September 2013

Hari Keenam, Komagane

Previous: Hari Kelima, Komagane

Dah masuk hari Isnin semula... Hari ni hari ketiga di Komagane. Jam 9:45 pagi, kami berkumpul di lobby Green Hotel sebelum berjalan kaki ke Junior Chamber (JC) Komagane Hall. Sampai kat sana, kami diberi penerangan tentang apa dia JC dan peranan JC dalam Komagane. JC ni sebuah pertubuhan yang membantu pembangunan bandar dan penduduk Komagane.
Mr. Hosoda Junpe, wakil JC Komagane
Yuta-kun, anak Mr.Usami. Sangat pemalu...

Antara aktiviti yang bakal berlangsung tak lama lagi adalah larian Inan 100km walk yang disetai oleh kanak-kanak di Komagane. Video Inan 100km walk ini boleh ditonton di sini. Larian ini diadakan bagi memupuk semangat berdikari, yakin diri dan menghargai alam sekitar, dalam diri kanak-kanak Komagane. Larian sambil memakai topi Sandogasa yang mengambil masa 4 hari 3 malam ini adalah larian tahun yang keenam.

Kebetulan juga, petang ni akan diadakan sambutan Isuzu Jingga (Isuzu Shrine), iaitu perayaan di salah satu kuil di sini. *Perkataan shrine adalah untuk agama Shinto, manakala temple adalah untuk agama Buddha. Agama di Jepun adalah agak rumit kerana meraka menggabungkan unsur-unsur pelbagai agama (Shinbutsu shūgō) dan mempercayai 880 juta tuhan. Sebahagian upacara seperti perkahwinan dilakukan di Shrine, manakala upacara kematian dilakukan di Temple.

Selepas taklimat,kami dibawa makan tengah hari (menu: kari) di sebuah restoran di Miyada Village. Miyada Village terletak di daerah Kamiina dan dipisahkan dari daerah Komagane oleh sungai Otagiri. Restoran Sri Lankan Aruggamage adalah sebuah restoran berasaskan masakan Sri Lanka, sebab tu dalam restoran ni banyak rempah-ratus.
hand soap ni diberi oleh Ms. Ai, isteri Mr. Junpe. comel kan...
kari salmon Kak Faza
kari (santan) telur Mrs Jay
kari (tomato) sayuran Kak Didi
roti dan kari (santan) udang Faten
tandas di Sri Lankan Aruggamage

Lepas makan, kami minta pihak restoran menyediakan ruangan untuk solat di situ kerana risau tak sempat solat di hotel nanti. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Isuzu Shrime. 
kedai 100 yen
orang jepun tanam sayur tepi rumah je
rumah orang Jepun, tapi yang ni bukan orang Jepun
kolam ikan sebelah rumah
pintu masuk ke sambutan Isuzu Jingga
Torii (pintu gate) Isuzu Shrine
ada yang menangis terharu kerana program berjalan lancer
bergambar bersama Mayor Komagane
pokok yang bercabang dua
ema (nasib malang) dan omikuji (nasib baik)
dedication to the Diety (god), Kyūdō (archery) meeting
Kyūdō (memanah)

Hari pun dah petang, kami perlu ke satu tempat lagi. Malam nanti akan diadakan pesta bunga api kat sini, mungkin Mrs Jay boleh datang balik ke sini untuk tengok bunga api lak. Ms.Eko dan Ms. Miyuki kata, sambutan pesta bunga api kat sini agak unik kerana bunga api akan dilancarkan ke bawah, bukan ke atas macam biasa. Kemudian, orang ramai akan berjalan di bawah bunga api tu. Tak sabar nak tengok!!!
Banana Choc, sangat unik...nyum nyum
awat la Riduan ngan Hafeez ni...

Kami menaiki bas semula menuju ke Komakusa Bridge, sebuah jambatan gantung sepanjang 146 meter melintasi Sungai Otagiri. Dari sini boleh tengok pemandangan Central Alps dan Southern Alps.
daun dah mula bertukar warna merah sebab musim sejuk dah nak tiba
Komakusa Bridge 
Komakusa (Dicentra Peregrina) sejenis herba
burung Snow Grouse atau Ptarmigan banyak terdapat di sini
air sungai yang sejuk macam air dalam peti ais. serius sangat sejuk!!
candid gambar Ms.Miyuki...hehehe

Kat sini pun ada berry dan banyak pokok-pokok bunga yang cantik.

Kami menuju kawasan park tempat aktiviti petang dijalankan.
simulasi pemanduan waktu hujan, hingga 180 km/j

Jam 5:00 petang, kami sampai di hotel. Malam ni aktiviti bebas, jadi Mrs Jay nak gi tengok Festival bunga api Isuzu Jingga. Yey!! Lepas mandi, terus turun kat lobby dan gerak ngan kawan-kawan lain. Tapi disebabkan 'tourist guide' kami salah arah, terpaksa la sampai lambat ke festival tu. Tapi, nasib baik la sempat tengok bunga api terakhir malam tu. Mrs Jay nak upload video, tapi macam tak boleh upload lak kat sini...hehe.
Wan Z belanje banana choc...hehe
sedia pasang bunga api
orang berlari bawah percikan bunga api

Pertunjukan bunga api tamat dalam 8:40 malam. Kami singgah ke 7 eleven sebelum balik hotel. Selesai sudah pengembaraan hari ni. Sekian, selamat malam....hehehe

No comments:

Post a Comment