Saturday 28 September 2013

Hari Kelapan, Nagano

Previous: Hari Ketujuh, Nagano

Sedar tak sedar dah lapan hari berada di Jepun. Memang kena jadi surviver la hidup kat negara orang ni. Hari ni Mrs Jay dan rakan-rakan program JICA akan balik ke Komagane semula. Berat hati sebenarnya nak tinggalkan Bandar Nagano ni. Tapi apakan daya....haha...feeling lak. Pagi ni, sarapan ngan Kak Faza biskut, yoghurt dan horlicks je.

Lepas check out, kami terus dibawa ke Japan International Trade Organization (JETRO). JETRO ni kalau kat Malaysia adalah MATRADE la, yang uruskan perkara import export negara.
kat Malaysia takde air Dragon Ball ni...

Setelah selesai taklimat dan sesi soal jawab, kami dibawa ke Zenkoji Temple, sebuah tempat yang menjadi daya tarikan pelancong di Nagano. Sebelum tu, singgah makan dulu la...dah tengah hari ni.
masing-masing nak cuba mee soba
 
Sampai di Zenkoji, Ms.Eko dan Ms.Miyuki menerangkan kepada kami tentang adat dan budaya masyarakat Jepun dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Zenkoji Temple ni. Mereka derma duit dan percaya akan dapat kesejahteraan. Patung Buddha kat depan tempat sembahyang pun dah hampir hilang muka sebab mereka percaya kalau sapu muka Buddha tu, penyakit kat tempat yang mereka sapu tu boleh hilang. 
Memorial Pillars
Zenkoji Temple, dah lebih 1400 tahun
tengah berdoa kot.....
tempat derma duit dan mintak kebaikan (kepercayaan mereka)
patung yang hampir hilang muka ni dah berusia lebih 100 tahun
tempat sembahyang Zenkoij Temple

Lepas tu, gi jalan-jalan sekitar Zenkoji Temple tu.
kat Jepun je boleh jumpa orang bawak beg luggage kemana-mana saja (Disneyland, Park, shopping mall, temple), macam bawak handbag.
sami akan ketuk kepala dengan tasbih dia untuk beri kebaikan (kepercayaan mereka)
Ojizousama, Buddha kelas bawahan yang jaga kanak-kanak, pengembara dan neraka
 
Ada deretan kedai jugak kalau nak beli hiasan, kuih atau aiskrim. Kak Faza dari awal lagi nak try aiskrim Miso. Kalau kat Malaysia makan Miso Sup je. Aiskrim Miso ni cuma ada kat kedai di kawasan Zenkoji temple je.
satu-satunya kedai yang jual aiskrim Miso 
burung merpati rileks je jalan ikut sebelah Mrs Jay, da macam haiwan peliharaan
 
Dah petang, kami pun balik ke Komagane. Dua jam lagi perjalanan dengan bas. Penat betul. Balik Green Hotel, ambil turn basuh baju kat mesin basuh hotel. Sekali basuh 200 yen, dryer setengah jam 100 yen. Dry sejam, tapi baju tak berapa kering lak. Sangkut kat bilik je la....Tadi masa kat Nagano, orang JICA bagi Mrs Jay pinjap laptop, sebab laptop Mrs Jay kan tak boleh on wireless. Baru la syok boleh update blog...hehe
 
 
 

No comments:

Post a Comment