Monday 30 September 2013

Hari Kesepuluh, Komagane

Previous: Hari Kesembilan, Komagane

Hari ni Mrs Jay rasa teruja sebab nanti kami semua akan dibawa menaiki salah sebuah gunung di Komagane ni. Macam biasa, lepas sarapan kami dibawa menaiki bas. Kali ini ke Komagane Tourism Association.
Kami diberi penerangan tentang daya tarikan di Komagane dan masalah-masalah yang dihadapi bagi mengekalkan Komagane sebagai tempat pelancongan yang dikenali. Selepas sesi soal jawab, kami dibawa oleh Mr. Iwamoto ke Kappa Sushi untuk makan tengahari. Tapi oleh kerana Mrs Jay, Kak Faza dan Kak Didi ada bawak makanan sendiri, kami makan bekal kat Bell Shine je, tak jauh dari Kappa Sushi.
Kappa Sushi
tumpang makan kat Bell Shine

Lepas makan, kami ke Suganodai Station untuk pertukaran bas. Hanya bas khas sahaja yang boleh naik ke kawasan kabel car Komagatake Ropeway Station.
sempat shoot gambar Mr.Iwamoto. hampir hari-hari tengok dia senyum greet kami naik dan turun bas

Dari sini, kami menaiki bas lain yang mempunyai pemandu terlatih untuk membawa kami melalui lereng bukit ke Shirabidaira Station (stesyen untuk naik kabel car). Harga tiket bas adalah 800 yen sehala. Jalan ke sana berliku-liku ala-ala jalan lama Bukit Putus di Negeri Sembilan. Lebih ngeri lagi, cuma ada satu lorong sahaja. Kalau ada bas lain melintas, salah satu perlu berhenti di tepi jalan yang disediakan sebelum bas lain boleh melalui jalan tersebut. Rasanya jalan kat Bukit Putus pun takde selekoh setajam ni.
belok 180 darjah
monyet bermuka pink. Tak sempat lak ambil gambar dekat
melalui kawasan sungai yang cantik

Sampai pun kat Shirabidaira Station...

Harga tiket menaiki ropeway adalah 1180 yen sehala tapi diskaun jadi 2200 yen pergi balik. Tiket kami dalam Program JICA ni dah dibiayai, jadi free je la. Kabel car ataupun ropeway ni sepanjang 2333.5 m naik setinggi 950 m hingga ke Senjojiki Station. Ia mengambil masa lebih kurang 7 minit setengah dengan kelajuan 7m/s.
suhu kat Shirabidaira Station masih 13ºc
sedia menaiki ropeway

Mrs Jay sempat ambil beberapa shoot walaupon ropeway tu sesak. Sekali masuk je leh muat sampai 61 orang.
sungai mengalir dari gunung..ada air terjun
daun pokok dah bertukar kuning dan merah. Nak masuk winter
dah nak sampai...
suhu kat atas Gunung Hoken ni 7ºc
sayup-sayup nampak gunung Fuji dari jauh
boleh tengok Bandar Komagane dari atas gunung Hoken
Tasik Kengaike, di tengah-tengah Senjojiki Cirque
pendaki-pendaki perlu lebih kurang satu jam setengah untuk sampai puncak Hokendake

Gunung Hoken atau Hokendake adalah salah sebuah gunung tertinggi di Central Alps (2,931m). Di sebalik gunung-ganang yang ada dalam gambar kat atas, terdapat Gunung Kiso-Komagatake (2,956m), gunung paling tinggi kat Central Alps ni. Kat Senjojiki Station ni ada kedai dan hotel. Sewa hotel boleh cecah sampai 20,000 yen semalam sebab bukan mudah nak kendalikan hotel yang jauh atas gunung kan. Mrs Jay sempat beli glove sebab terlalu sejuk kat luar tu.

Kami diberi sedikit taklimat dari Pengurus syarikat Chuo Alps Kanko yang mengusahakan Hotel, ropeway, bas dan macam-macam lagi perkhidmatan di sini. Selepas taklimat, balik la semula ke hotel.


Next: Hari Kesebelas, Komagane

No comments:

Post a Comment