Wednesday 18 September 2013

Jalan-jalan pusing Tokyo

Previous: Hari Pertama, Tokyo


Perjalanan ke Hatagaya Station memerlukan kami berjalan kaki melalui kawasan perumahan setempat. Sampai je Hatagaya Station kami pun ramai-ramai berbincang macam mana nak pusing Tokyo ni. Maklumlah, masing-masing baru first time ke Jepun. Geng lelaki cadangkan nak ke Akihabara dulu.
khusyuk bincang nak gi Akihabara macam mana...
masing-masing baru nak try guna mesin beli tiket. Macam LRT kat Malaysia je, cuma bahasa Jepun dan Inggeris je ada
harga tiket ke Iwamocho dari Hatagaya 330 yen
ada koc wanita gak macam komuter Malaysia
9 perhentian....


Kami dari Keio Line (line private) terus bersambung ke Shinjuku Line dan berhenti ke Iwamotocho Station. Alternatif lain, kami boleh tukar train dan ambil Hibiya Line ke Akihabara, tapi geng lelaki nak jalan kaki je. Boleh tahan la jauhnya.
Akihabara ni macam Law Yat kat KL

Lepas cuci mata, Aini dan Wani berpisah dari kumpulan untuk berjumpa kawan meraka di Jepun ni. Lima orang dari geng lelaki pula sibuk mencari gajet mereka. Jadi, tinggal lah kami berlapan meneruskan perjalanan ke Asakusa. Oleh kerana kawan kami Wan rajin sangat nak berjalan, kami sesat sekejap nak cari train ke Asakusa...huh! Sakit kaki berjalan jauh-jauh, akhirnya kami sampai di Kanda Station. Berpusing-pusing lak jadinya, padahal boleh je ambil Hibiya Line ke Ueno Station tadi. Dalam perjalanan, macam-macam kami jumpa...
penguatkuasa (kot) saman parking, naik basikal je kan sempoi
sesat....
shell di Tokyo...
Pizza hut nyer motor....
masing-masing muka tension sebab penat jalan, almaklumlah dah sesat...
beli open tiket (untuk line train tertentu sahaja). Leh guna banyak kali dalam sehari. harga 710 yen

Akhirnya sampai gak ke Asakusa. Nasib baik ada Information Center, leh tanya mana nak shopping souvenir. Rupa-rupanya harga barang kat sini mahal. Sedih lak tak dapat nak beli souvenir untuk bawak balik. Magnet fridge satu dah 350 yen (dalam RM 11.85). Barang-barang lain macam key chain, kipas tangan dan chopstik pun mahal.
ada pondok polis depan Kaminarimon Gate
Kaminarimon Gate

Dah tak larat lagi. Dah la tak beli apa-apa, penat betul. Pastu ingat nak gi Sky Tree, tapi jauh rupanya. Tu pun tinggal empat orang je yang larat berjalan lagi. Hajat tak kesampaian, tangkap gambar je la.
Sky Tree

Mrs Jay penat sangat nak berjalan-jalan pusing Tokyo lagi. Diorang nak terus ke Ginza, tapi Mrs Jay, Kak Faza dan Kak Didi nak balik JICA. So, kitorang berpecah lah. Ambil train yang sama di Ginza Line, tapi kami turun di Mitsukoshimae Station. Dari sana, kami tukar train ke Hanzomon Line menuju Jimbocho Station. Nasib baik ada open tiket tadi, takyah beli tiket lain. Dari Jimbocho baru beli tiket lain balik ke Hatagaya Station melalui Shinjuku Line. Harga tiket balik 330 yen. Sebenarnya kami sesat masa nak balik ni sebab salah sebut. Kami tanya kat pegawai station nak ke Hotagano, dia bagi la direction melalui Saitama Railway Line. Bila Mrs Jay fikir balik, kenapa tak ke Keio Line tadi, rupa-rupanya kitorang kompius sebutan Hatagaya dan Hotagano tu, maklumlah baru first day mana ingat nama tempat. Nasib la tak beli tiket lagi masa tu, kalau tak dah rugi banyak.

Sampai di Hatagaya Station, hari dah senja. Kitorang bertiga balik jalan kaki, tapi separuh jalan sesat lagi!!! Hadoi....tanya dua tiga orang tempatan diorang tak tau JICA kat mana. Nasib baik ada sorang abg Jepun tu bawak anjing dia bersiar-siar, tau kat mana JICA. Rupa-rupanya kitorang salah masuk lorong, padahal dah dekat da JICA tu. Kak Faza takut betul ngan anjing kecik tu. Pandai lak anjing tu gi sergah-sergah Kak Faza...hehe.
jam 4:45 (waktu Malaysia) dah mula senja

Alhamdulillah, sampai gak akhirnya. Hari dah gelap, balik bilik mandi dan berehat. Hari ni dapat apa? Pertama dapat ronda Tokyo (sikit je tempat pergi). Kedua, dapat penat. Ketiga, dapat bazir 1370 yen (RM 46.38) beli tiket, tapi tak dapat beli souvenir. Malam ni makan megi cup je sebab tak larat lagi nak turun cari makanan. Sekian~~~



No comments:

Post a Comment